Website, Apps, Facebook Page, atau Whatsapp? Kenali teknologi untuk mengembangkan saluran pemasaran perniagaan anda.

Oleh: Mohd Rusman Arief

Mohd Rusman Arief adalah pengasas Desa Kreativ (DK) – sebuah syarikat kolaboratif pembangunan perisian/aplikasi dan reka grafik berpusat di Bandar Baru Bangi.


Perkembangan teknologi dan trend mungkin menyebabkan kita keliru mana satu sebenarnya yang kita perlu.

Setiap saluran (channel) ada objektif, target audience, dan kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.

Berikut saya senaraikan saluran-saluran pemasaran yang biasa dibangunkan dengan bantuan teknologi.

Laman sesawang (Website)

  • Pada saya ia bertindak sebagai reference point. Seakan papan informasi di pusat membeli-belah. Pelanggan atau bakal pelanggan anda akan datang ke situ untuk mengetahui maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan anda, samada produk atau servis yang anda tawarkan.
  • Laman sesawang boleh diakses menggunakan desktop/laptop mahupun telefon pintar. Kebanyakan laman sesawang yang dibina sekarang sudah pun memiliki kemampuan mobile responsiveness. Mobile responsive adalah suatu fungsi di mana laman sesawang anda akan menyesuaikan rupa bentuk apabila dilihat melalui peranti-peranti bersaiz kecil seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya.
  • Pilihan tema (theme) laman sesawang mampu memberikan imej spesifik yang anda mahukan pelanggan melihat anda. Sekiranya perniagaan anda adalah tadika, tema yang dipilih tentulah bersifat warna-warni dan striking. bagi perniagaan yang menginginkan wajah korporat, tema yang dipilih haruslah bersesuaian agar pelanggan tidak salah faham dan mungkin tidak mendapat idea yang betul tentang perniagaan anda.

Laman media sosial

  • Dari sudut teknikal, ini adalah saluran yang paling mudah untuk anda setup. Daftar sahaja akaun di laman sesawang mereka, muat naik gambar-gambar yang diperlukan, dan anda boleh mula mengemaskini laman media sosial anda.
  • Laman media sosial adalah bertujuan untuk mengemaskini berita-berita pantas dan berterusan daripada perniagaan anda. Ia selalunya lebih engaging dan ia merupakan tempat anda berinteraksi secara langsung dengan pelanggan anda.
  • Target audience berbeza mengikut saluran yang dipilih. Di Malaysia, pengguna lebih banyak berlegar di Facebook dan Instagram. Gen X lebih ramai di Facebook, gen Y dan Z di Instagram. Ada juga yang lepak-lepak di Twitter.

Aplikasi mudah alih (apps)

  • Aplikasi mudah alih atau lebih singkat dipanggil apps adalah satu lagi saluran yang boleh dimanfaatkan oleh perniagaan anda.
  • Dua saluran utama pengedaran apps melalui marketplace dikuasai oleh Apple dan Google melalui App Store dan Google Play Store.
  • Apps berpotensi meningkatkan kesedaran jenama (boost our brand awareness) di mata pelanggan.
  • Fungsi utama apps yang seringkali diminta oleh perniagaan adalah push notification. Push notification sangat powerful sebab kita boleh dengan segera menyampaikan apa jua bentuk notifikasi kepada pengguna apps seakan-akan SMS, namun kandungannya lebih dinamik. Tentu sekali kita perlu berhati-hati agar tidak terlalu kerap menggunakan fungsi ini dan menyebabkan pengguna terus menyahpasang (uninstall) apps kita.
  • Tambahan, tidak dinafikan memang agak cool bila kita boleh paparkan 2 logo di bawah ni di laman sesawang kita. “Wow diorg ada apps!”.

IM

  • Satu lagi saluran yang semakin mendapat perhatian adalah instant messaging.
  • IM seperti Whatsapp, Telegram, Facebook Messenger, WeChat dan sebagainya dilihat semakin mendominasi perhatian pengguna telefon pintar.
  • Para pemilik perniagaan boleh mewujudkan group Whatsapp untuk berinteraksi secara langsung dengan pelanggan.
  • Seperti laman sosial, IM juga mudah dari segi teknikal untuk dibuat.
  • Kebanyakan IM disokong oleh platform bot. Bot ialah sejenis program komputer yang kelihatan seolah-olah mampu berbual dengan pelanggan. Sebagai contoh, ia boleh diprogramkan untuk menerima tempahan, menjawab soalan-soalan pelanggan, dan pelbagai lagi.

Itulah sedikit sebanyak berkenaan bagaimana teknologi dapat memperkembangkan saluran-saluran pemasaran perniagaan anda.

Kami di Desa Kreativ (DK) berpengalaman dalam membangunkan saluran-saluran pemasaran para usahawan melalui teknologi. Selain teknologi sebagai saluran pemasaran, DK juga berkepakaran membangunkan sistem aplikasi untuk mengurus aspek pengurusan perniagaan.

Requirements Gathering by Committee

One of the thing that people talked about when iOS 7 was released, was the ugly icons. Some people thought it was a product of design by comittee.

If you don’t know what that is, it is where the final design of a product was a result of a mix and match of everyone’s idea and execution.

The good thing about it is that you get everyone to contribute to the final product.

The bad thing about it is that you get everyone to contribute to the final product.

When everyone has a say, you will definitely lack consistency.

We think every segment of the business need a clear authority. A leader. Or in this case some sort of Design Director.

Same thing goes with requirements gathering. As much as we believe that a software or a solution needs to solve the customer’s problem, there is still no point in implementing every single feature in a piece of software, hoping that it would solve all the customer’s pain points.

A product manager is clearly needed to make sure that scope creep doesn’t happen.

Don’t get us wrong. We need customer’s feedback. But we also need someone to extract all the core problems out of the pile of complaints from all the customers.

At DK we value our client’s feedback. But we also value the outcome of the project. We want to make sure that the final deliverables solve the real pain points of our clients.

If you are interested in hiring us, give us a call.